Tuesday 8 March 2011

Pemilihan yang betul penyaman udara

Penggunaan penyaman udara yang betul perlu dibuat sejak dari pengiraan jumlah haba (load calculation) di dalam sesuatu bilik atau ruang dan jumlah kuasa (capacity) sesuatu penyaman udara itu. Ia melibatkan cara pengiraan yang tertentu  dan memgambil kira beberapa faktor seperti fungsi bilik, keluasan dan kedudukan sesuatu bilik atau ruang. Contohnya jumlah haba di dalam bilik tidur berbeza dengan jumlah haba di dalam ruang tamu, jumlah haba di tingkat bawah berbeza dengan jumlah haba di tingkat paling atas atau di bawah bumbung. Juru Perunding (consultant) atau kontraktor berpengalaman boleh membantu anda membuat pemilihan bagi sesuatu penyaman udara yang anda perlukan. Selain daripada itu anda juga boleh bertanya kepada jiran yang telah menggunakan penyaman udara. Sekiranya kuasa (HP) penyaman udara mereka sesuai untuk bilik atau ruang yang sama saisnya dengan rumah anda, sudah tentu ia sesuai dengan rumah anda.

Gambar 4: Alat penyaman udara berfungsi dengan baik.

No comments:

Post a Comment