Tuesday, 8 March 2011

Profil Maxicool Engineering

Wawasan Syarikat
Menyediakan perkhidmatan yang berkaitan penghawa dingin, elektrik dan kerja-kerja penyejukan dalam usaha untuk menyumbang ke arah kehidupan lebih sempurna.
Misi Syarikat
Untuk mencapai wawasan kami, kami percaya kualiti kerja dan keselamatan semua pihak perlu diutamakan. Oleh itu, kerja-kerja perlu dijalankan oleh pekerja yang berpengetahuan dan luas pengalaman.
Objektif Syarikat
1. Memberikan perkhidmatan terbaik pada harga yang berpatutan.
2. Mandapatkan pelanggan baru dari masa kemasa disamping mengekalkan pelanggan yang sedia ada.

Maxicool Engineering
No. 1, Jalan Semenyih Jaya 1,
Taman Semenyih Jaya,
43500 Semenyih,
Selangor Darul Ehsan.

H/Phone: 019 - 224 9522
Tel/Fax: 03 - 872 48 875
E-mail: rohaimi__mcool@yahoo.com



Kerosakan boleh terjadi

Terdapat beberapa masalah akan berlaku jika penyaman udara yang kotor seperti itu  masih lagi digunakan dan tidak dibersihkan dengan segera. Di antara masalah itu adalah seperti takungan air (tray) tersumbat menyebabkan air (condensate water) menitik ke dalam bilik, pemampat penyaman udara gagal berfungsi (trip) dan suis terbakar. Ini boleh terjadi kerana pemampat itu terlampau panas (overheating) dan perkakas elektrik dan elektronik (components) yang lain akan turut terjejas.  

                    
Gambar 10: Compressor yang rosak

Servis chemical

Gambar 8: Servis chemical untuk unit dalam penyaman udara


Apabila habuk atau kekotoran telah berkumpul pada  alat penyejuk atau pemeluap (evaporator) seperti yang disebutkan sebelum ini, lama kelamaan lapisan kekotoran itu akan menebal dan ia akan bertindak sebagai penebat untuk penyerapan haba oleh cecair sejuk yang terdapat di dalam pemeluap itu. Ini bermakna, haba di dalam udara bilik yang melalui pemeluap itu tidak dapat diserap dan dibuang di unit luar penyaman udara itu. Oleh sebab itu, udara bilik akan menjadi kurang sejuk atau tidak sejuk. Keadaan akan menjadi bertambah teruk jika unit luar penyaman udara itu juga kotor atau diliputi oleh habuk. Maka haba yang terkandung di dalam gas yang dialirkan ke unit luar itu tidak boleh dibebaskan atau dibuang ke sekeliling (surrounding). Penyaman udara yang seperti keadaan sedemikian perlu dibersihkan (overhaul) dengan menggunakan cecair kimia (chemical service). Servis jenis ini perlu dilakukan sekali setiap satu tahun. Anda dinasihatkan supaya mendapatkan khidmat dari kontraktor penyaman udara yang pakar untuk menjalankan servis seperti ini.


Gambar 9: Servis chemical untuk unit luar penyaman udara



Servis am

Servis am ini melibatkan kerja-kerja membersihkan penapis udara (air filter) pada unit dalam penyaman udara. Anda dinasihatkan supaya melakukan sevis am ini sekali setiap dua bulan. Anda boleh melakukannya sendiri kerana kerjanya agak mudah seperti menyelak penutup penapis udara itu untuk menanggalkan penapis udara, membersihkannya menggunakan semburan air, keringkan dan memasang semula penapis udara tersebut. Servis am yang berkala amat penting dilakukan. In kerana ia dapat mengelakkan atau mengurangkan kekotoran atau habuk daripada memasuki ruang alat penyejuk atau pemeluap (evaporator). Tetapi anda perlu mendapatkan khidmat kontraktor servis penyaman udara jika mendapati penyaman udara itu masih kurang sejuk atau tidak sejuk selepas membersihkan penapis udara tersebut. Ini kemungkinan terdapat masalah lain yang terjadi pada penyaman udara anda.


Servis penyaman udara

Terdapat dua jenis servis yang perlu dilakukan kepada penyaman udara anda. Pertama, servis am (general service) dan servis dengan menggunakan bahan kimia (chemical service).



Gambar 7: Servis am

Penjimatan bil elektrik

Sekiranya pada musim terlalu panas berbanding biasa dan jika melaras (setting) suhu bilik pada 22 hingga 24 oC masih tidak selesa, anda dinasihatkan tidak melaraskan suhu dibawah 20 oC. Ini kerana pemampat akan berfungsi dalam masa yang lama dan menggunakan tenaga elektrik yang banyak untuk mendapatkan suhu 16 oC misalnya, tetapi disebabkan beberapa faktor suhu bilik tidak akan mencapai ke tahap itu. Oleh sebab itu sekiranya suhu dilaraskan pada 20 oC tetapi suhu bilik kurang sejuk, anda dinasihatkan supaya melakukan sesuatu pada penyaman udara tersebut iaitu servis.

Penggunaan yang betul

Setelah pemilihan dan pemasangan yang betul penyaman udara anda dibuat, anda perlu menggunakannya dengan sebaiknya. Dapatkan panduan dari kontraktor pemasangan untuk menggunakan alat kawalan suhu (remote control) jika perlu. Anda juga boleh mendapatkan panduan penggunaannya daripada buku panduan operasi (operation manual) sesuatu penyaman udara itu. Kebiasaannya kontraktor akan melaraskan (setting) masa (clock) dan suhu yang sesuai semasa kerja-kerja menjalanuji (testing) dilakukan. Anda dinasihatkan supaya melaraskan suhu bilik pada  24 oC. Ini adalah kerana pada suhu 24 oC adalah suhu bilik yang selesa dan mudah dicapai oleh penyaman udara. Sekiranya haba bilik telah berkurangan, suhu bilik akan menurun kepada 23 oC, pada masa ini pemampat akan berhenti secara serta-merta (automatic off) dan akan berfungsi semula (automatic on) sekiranya suhu bilik meningkat pada 25 oC. Pada sela masa yang pemampat tidak berfungsi (rest) itu, ia telah menjimatkan sebahagian tenaga atau menggurangkan bil elektrik di rumah anda.



Gambar 6: Unit luar penyaman udara.