Tuesday, 8 March 2011

Penggunaan yang betul

Setelah pemilihan dan pemasangan yang betul penyaman udara anda dibuat, anda perlu menggunakannya dengan sebaiknya. Dapatkan panduan dari kontraktor pemasangan untuk menggunakan alat kawalan suhu (remote control) jika perlu. Anda juga boleh mendapatkan panduan penggunaannya daripada buku panduan operasi (operation manual) sesuatu penyaman udara itu. Kebiasaannya kontraktor akan melaraskan (setting) masa (clock) dan suhu yang sesuai semasa kerja-kerja menjalanuji (testing) dilakukan. Anda dinasihatkan supaya melaraskan suhu bilik pada  24 oC. Ini adalah kerana pada suhu 24 oC adalah suhu bilik yang selesa dan mudah dicapai oleh penyaman udara. Sekiranya haba bilik telah berkurangan, suhu bilik akan menurun kepada 23 oC, pada masa ini pemampat akan berhenti secara serta-merta (automatic off) dan akan berfungsi semula (automatic on) sekiranya suhu bilik meningkat pada 25 oC. Pada sela masa yang pemampat tidak berfungsi (rest) itu, ia telah menjimatkan sebahagian tenaga atau menggurangkan bil elektrik di rumah anda.



Gambar 6: Unit luar penyaman udara.

No comments:

Post a Comment