Tuesday 8 March 2011

Mengenali Penyaman Udara Anda

Anda perlu mengenali penyaman udara yang ada di kediaman anda. Perkara yang paling asas yang perlu diketahui adalah jenama, jenis dan jumlah kuasa (capacity) penyaman udara tersebut. Terdapat pelbagai jenama penyaman udara yang biasa digunakan  seperti Hitachi, Panasonic, York, Acson, Carrier, LG, Topaire, Fujiaire, Haier dan lain-lain jenama lagi. Terdapat dua jenis penyaman udara yang biasa digunakan iaitu jenis unit terpisah (split unit type) dan jenis tingkap (window type). Jenis unit terpisah adalah jenis penyaman udara yang paling popular pada masa sekarang. Penyaman udara jenis ini terbahagi kepada dua bahagian iaitu unit dalam (indoor unit) dan unit luar (outdoor unit). Unit dalam penyaman udara jenis ini dipasang dengan pelbagai kedudukan (position) seperti jenis dinding (wall mounted), jenis bawah celing (Ceiling exposed), jenis atas celing (ceiling concealed), jenis di celing (ceiling cassatte) dan jenis lantai (Floor mounted).


Gambar 1: Jenis dinding (Wall Mounted type).
Jumlah kuasa (capacity) penyaman udara pula boleh diukur dengan menggunakan pelbagai unit pengukuran seperti Kuasa kuda (Horse Power; Hp) dan British Thermal Unit per hour (Btu/h). Kuasa kuda dan British Thermal Unit adalah unit pengukuran yang berlainan tetapi mempunyai kaitan di antaranya. Kuasa kuda (Hp) menunjukan jumlah kuasa yang dihasilkan oleh motor atau pemampat (compressor) untuk sesuatu penyaman udara itu contohnya 1 Hp, 1.5 Hp, 2 Hp dan lain-lain lagi. Apabila sesuatu penyaman udara itu berfungsi, ia akan membuang sejumlah haba dari dalam bilik atau ruang itu keluar.  Oleh sebab itu udara bilik menjadi sejuk. Disebabkan kadar jumlah haba yang dihasilkan di dalam bilik pada setiap satu jam, oleh itu jumlah kadar pembuangan haba juga dikira bagi tempoh setiap satu jam. Kadar pembuangan haba itu diukur menggunakan ukuran British Thermal Unit per hour (Btu/h). Oleh sebab itu bagi penyaman udara keluaran biasa, 1 Hp penyaman udara boleh membuang haba berjumlah sebanyak 9,000 Btu/h. Terdapat pengeluar telah menaiktaraf kecekapan (efficiency) penyaman udaranya  menjadikan 1 Hp pemampat  boleh membuang haba sebanyak 10,000 Btu/h. Kedua-dua versi ini boleh didapati di dalam pasaran.                           

No comments:

Post a Comment